We Understand, We Care...

We Understand, We Care...

TAKAFULINK

TAKAFULINK


TAKAFULINK

Pelan Prudential BSN Takafulink berkaitan pelaburan yang fleksibel bersesuaian dengan perubahan hidup anda.Takafulink merupakan Pelan Takaful Keluarga yang berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia dirangka bagi memenuhi keperluan perlindungan dan pelaburan setiap peringkat umur.
KONSEP TAKAFUL
Takaful ialah satu konsep saling membantu yang berdasarkan prinsip-prinsip perkongsian tanggunggungjawab, kerjasama dan kepentingan bersama. Setiap peserta akan memberi sumbangan berasaskan Tabarru’ (derma) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu peserta tersebut serta peserta-peserta lain pada masa yang diperlukan.
Dapatkan Kefleksibelan untuk Menguruskan Keperluan Anda yang Sentiasa Berubah
Hakikatnya adalah keperluan kita berubah dengan masa. Apabila keperluan berubah, keutamaan juga akan berubah. Apa yang penting adalah untuk menguruskan keperluan kewangan anda mengikut keutamaan anda. Pelan Takafulink Prudential BSN (PruBSN) adalah pelan Takaful keluarga berkaitan pelaburan berasaskan Shariah yang dirangka untuk menangani perjalanan hidup yang tidak dapat diduga. Ia juga membolehkan anda menguruskan kehidupan anda dengan penuh kefleksibelan. Dengan mentaati nilai-nilai yang tersedia ada, pelan ini juga membolehkan anda mengawal perjalanan hidup anda dengan lebih teratur.
Bagaimanakah Pelan TAKAFULINK Dapat Memanfaatkan Saya?
Untuk Perlindungan Anda Kami akan membantu anda merancang paras perlindungan yang sesuai bagi anda berdasarkan apa yang ditawarkan oleh pelan Takafulink.
Pelan Prudentail BSN takaful manfaat 4 dalam 1:
1)    Perlindungan
2)    Kad Perubatan
3)    Elaun Hospital / Pembedahan
4)    Simpanan Pendidikan dan persaraan
     
      
            Pelan Yang Memberi Anda Lebih Kefleksibelan:
Ø Pelbagaikan amaun perlindungan Takaful bagi kematian dan hilang upayatanpa menjejaskan sumbangan anda.
Ø Tingkatkan liputan Takaful anda dengan menambah manfaat penyakit kritikal, kemalangan, perubatan, hilang upaya dan manfaat tambahan yang lain.
Ø Wujudkan satu dana persaraan yang mantap dengan memilih mana-manadana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah dan yang dapat memberi pulangan lebih tinggi dalam jangkamasa panjang berbanding dengan akaunsimpanan bank.
Ø Anda boleh menukar pelaburan anda di antara mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah pada bila-bila masa. Jumlah minimum yang boleh ditukar adalah RM1,000.
Ø Anda boleh mengeluarkan wang anda pada bila-bila masa untuk keperluananda. Pengeluaran yang minimum adalah RM500. Kemudahan ini tersediasekiranya nilai dari baki unit adalah sekurang-kurangnya RM1,000.
Ø Sijil ini melayakkan anda menerima pengecualian cukai individu sehingga RM6,000 setahun.
      Siapakah Yang Layak Untuk Mengambil Pelan TAKAFULINK?
        Sesiapa yang berumur di antara 19 dan 60 tahun layak menyertai pelan ini. Anda juga boleh mengambil pelan untuk anak anda yang berumur di bawah 19 tahun.
   
      Bagaimanakah Boleh Saya Bermula?
        Pertama sekali, pastikan keperluan perlindungan anda, seperti perlindungan asas dan lain-lain manfaat opsional dan tambahan. Kemudian, tentukan amaun yang anda mampu ketepikan setiap bulan.
    
      Manfaat Optional & Tambahan
       Sebagai tambahan kepada perlindungan asas yang disediakan di dalam pelan, anda boleh memilih untuk menambah manfaat opsional bagi mempertingkatkan lagi perlindungan yang ditawarkan oleh pelan Takafulink. Di antara rider yang disediakan dengan Takafulink adalah:
       Accidental Death and Disablement, Accidental Medical Reimbursement:Memberi manfaat perlindungan utama anda.
       Medical Cover:Sekiranya anda dimasukkan ke hospital disebabkan kesakitan atau kecederaan, anda akan menerima bayaran tunai tetap untuk Bantuan Kemasukan Hospital, Bantuan Penjagaan Rapi dan Batuan Prosedur Pembedahan.
      Major Medical Cover: Memberikan perlindungan perubatan bagi Manfaat Hospital dan Pembedahan dan Rawatan pesakit luar sekiranya anda dimasukkan ke hospital atau memerlukan rawatan Pesakit Luar disebabkan kesakitan atau kecederaan. Ini juga termasuk Bantuan Perubatan Kecemasan.
      Hospital Benefit: Memberikan bantuan tunai harian sekiranya anda dimasukkan ke hospital.
      Disability Provider, Crisis Cover Income: Manfaat ini dibayar setiap tahun sekiranya anda mengalami HUPK atau penyakit kritikal sebelum mencapai usia 60 tahun.
      Crisis Sheild: Memberi perlindungan daripada penyakit kritikal, yang sedia untuk digunakan di saat-saat anda paling memerlukan.
       Weekly Indemnity: Memberi Bantuan Tunai mingguan jika peserta kehilangan upaya disebabkan kemalangan.
       Contributor: Membayar manfaat tahunan sekiranya anda diserang penyakit kritikal. Bayaran dihentikan apabila anda meninggal dunia.
       Spouse atau Parent Contributor: Sekiranya pasangan atau ibu bapa anda meninggal dunia, atau mengalami HUPK sebelum mencapai usia 60 tahun atau disahkan menghidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu anda membayar sumbangan kepada pelan Takaful pada masa hadapan. Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila anda meninggal dunia atau mencapai usia 60 tahun.
Bagi Keperluan Simpanan Anda
Kami juga akan membantu merancangkan simpanan anda dengan menyediakan beberapa dana bagi tujuan pelaburan anda.
Peruntukkan sumbangan untuk perlindungan dan pelaburan seperti di jadual:
 
Dana-Dana TAKAFULINK
Pilihlah dana-dana Takafulink yang diluluskan oleh Shariah yang dapat memenuhi keperluan pelaburan dan daya toleransi risiko anda.
Takafulink Dana Bon
Bertujuan untuk memberi pengumpulan dana dalam jangkamasa sederhana ke panjang melalui pelaburan di dalam sekuriti Shariah yang diluluskan.
Untuk para peserta yang inginkan risiko rendah ke sederhana dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.
Takafulink Dana Urus
Ini adalah satu dana yang diuruskan untuk memaksimumkan pulangan di dalam jangkamasa sederhana ke panjang. Ia dicapai dengan pelaburan di dalam saham dan sekuriti berasaskan Shariah melalui Takafulink Dana Ekuiti dan Takafulink Dana Bon serta dana-dana Takafulink yang lain yang mungkin disediakan di masa hadapan.
Dana ini adalah untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi sederhana ke tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.
Takafulink Dana Ekuiti
Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan di dalam jangkamasa sederhana ke panjang melalui pelaburan di dalam saham Shariah yang diluluskan dan yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi risiko tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.
Takafulink Dana Ekuiti Dinasti
Bertujuan untuk memberi pulangan dana dalam jangkamasa panjang dengan melabur di dalam pelaburan Shariah melalui pendedahan ke China dan wilayah sekitarnya.
Untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi risiko tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa panjang.

No comments:

Post a Comment