We Understand, We Care...

We Understand, We Care...

Takafulink CERDIK

TAKAFULINK CERDIK

 
Sediakan Pendidikan Sewajarnya untuk Anak Anda
 
Pendidikan yang kukuh adalah hadiah paling berharga yang boleh anda berikan kepada anak anda. Namun, kos pendidikan di universiti yang semakin meningkat dan perjalanan hidup yang tidak dapat dijangka menyebabkan kita harus menyediakan peruntukan untuk memastikan pendidikan anak-anak anda tidak terjejas. Apabila anda memilih Takafulink Cerdik, anda pasti yakin bahawa anda telah pun memberikan hadiah yang amat bermakna di dalam hidup anak anda. Tiada pelan lain yang selengkap atau semudah Takafulink Cerdik. Itulah yang menjadikan pelan ini suatu pelan yang tepat untuk anda dan anak anda.
 
Pelan yang Memberi Anda Lebih Kefleksibelan
 
Ø Pelbagaikan amaun perlindungan Takaful bagi kematian dan hilang upaya tanpa menjejaskan sumbangan anda.
Ø Tingkatkan liputan Takaful anda dengan menambah manfaat penyakit kritikal, kemalangan, perubatan, hilang upaya dan manfaat tambahan yang lain.
Ø Wujudkan satu dana pendidikan yang mantap untuk anak anda dengan memilih mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah dan yang dapat memberi pulangan lebih tinggi dalam jangkamasa panjang berbanding dengan akaun simpanan bank.
Ø Anda boleh menukar pelaburan anda di antara mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah pada bila-bila masa. Jumlah minimum yang boleh ditukar adalah RM1,000.
Ø Anda boleh mengeluarkan wang anda pada bila-bila masa untuk keperluan anda. Pengeluaran yang minimum adalah RM500. Kemudahan ini tersedia sekiranya nilai dari baki unit adalah sekurang-kurangnya RM1,000.
 
Siapakah yang Boleh Menyertai Pelan TAKAFULINK CERDIK?
 
Sesiapa yang mempunyai anak yang berusia diantara 2 minggu hingga 15 tahun boleh mendapatkan pelan ini. Ibubapa adalah pemilik sijil dan mereka akan memadankan pelan yang sesuai untuk manfaat anak-anak mereka.
Bagaimana Boleh Saya Memulakannya?
Pertama sekali, pastikan keperluan perlindungan anak anda, seperti perlindungan asas dan lain-lain manfaat opsional dan tambahan. Kemudian, tentukan amaun yang anda mampu ketepikan setiap bulan.
 
 
Tahun Sijil 1 2 3 4 5 & 6 7 & ke atas
Bagi Keperluan Simpanan Anda
 
Kami juga akan membantu merancangkan simpanan anda dengan menyediakan beberapa dana bagi tujuan pelaburan anda.Sebahagian daripada sumbangan anda akan diagihkan untuk membeli unit-unit dari dana Takafulink yang anda pilih. Sumbangan ini diagihkan mengikut tahun sijil dan peratusan sepadannya. Sijil 1 2 3 4 5 & 6 7 & ke atas
 
Jadual di atas adalah untuk sijil bertempoh 20 tahun ke atas. Untuk tempoh yang kurang daripada 20 tahun ia akan ditingkatkan dengan sewajarnya. Sila rujuk kepada sijil Takaful anda untuk keterangan lanjut. Sijil ini mungkin melayakkan anda menerima pelepasan cukai pendidikan sebanyak RM3,000.
 

No comments:

Post a Comment